Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*] Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 14, 2011

::Yeayy!!dapat keje::

Salam sume.. at last ade jugak mood ak untuk menghapdate belog hihi..
sori ya..agak kemalasan orang disini..
Ni ak nk citer...bulan Jun bulan yang menghappykan ak hehe
ea la..dari tittle post kt atas ..da tahu yang ak dapat keje :)

Em..keje ape tu ea..??
Keje biasa saja..kt kedai waffle kt bandar aku nih..
so,aku jadi pembuat waffle terhandal la iyeee...hehe
Agak ar beb!! Xdela..:)


FIRST DAY keje tu..ade ke bakar waffle sampai hangus!!haha
seb baik la kak min( pekerja situ jgk) xde..customer pun xde,sb die pesan dulu,then masuk dlm pasaraya utk beli barang..nk dijadikan citer..ak pun ape lagi..buang terus la..hihi..
Takot gk kene marah,,so ak bagitahu awal2 la dekat akak tu..selepas da beberapa kali buat..ak pun kira pandai la sikit nk jaga waffle tu daripada hangus..agak suka la..sebab memang ak suka buat benda alah ni :) kek..or kuih kalo nak dibikin dalam rumah ak,,mesti ak orang yang akan jadi ketua nye!!hehe..xde ak,,xjadik lah kek tu ekekeke:P

Selain tuh,kat kedai ak ni ade jgk jual cupcorn, coke float, air mango, sunkist, aiskrim, dan jugak air tin.. bila keje kt situ terigt la kedai waffle ak kt Foodcourt terchenta!haha...GREENSPOT corner!!cehh..kedai waffle ak tuh xtahan nya haha.. iyela,,ak kan penggemar setia waffle ni..semestinya WAFFLE PERISA COKLAT!:) kalo nk belanja..silakan wink~~~
So,setakat ini lah dulu ea entry ak kali ini..nanti ak story lagi yup :) jumpa lagi dilain entry..take care!:)





Keep Smiling My Dear!! =))

Friday, June 10, 2011

::Al-Mulk::

Salam sume =)
 pada pagi jumaat yang mulia ni..ak nak share ngan korang makna Surah Al-Mulk
yang mengandungi 30 ayat.


[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
[9]
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
[10]
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
[24]
Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
[30]
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".

Selamat beramal! ^^


Keep Smiling My Dear!! =))

Monday, June 6, 2011

::Jangan bangga! Ketahuilah maksud ISTIDRAJ::


" Aku tidak solat...tetapi aku tetap berjaya" Itu adalah ISTIDRAJ....APAKAH MAKSUD ISTIDRAJ????

Mungkin ramai orang pada hari ini berpendapat seperti pernyataan di atas...perlukah anda berbangga dengan kejayaan yang bukan hak hakiki anda semua??,,dan ianya adalah pinjaman sementara sahaja..sedangkan anda tidak melakukan suruhan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T..

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


thx Nur Arina Amin for sharing. (^_^)

Keep Smiling My Dear!! =))

Sunday, June 5, 2011

:: Kalau Saya Dapat RM300 ::

Salam sume! :)..haaa..hari ini ak tengok contest yang menarik untuk join..
dari belog kak Safra Shukry .. thanks untuk akak sebab ada kan GA ni :)
Jum la korang join sesame!!hehe
also credit to Cahaya Saksi !!thanks buat entry pasal ni..ak pun nk join jgk la!hehe :)


Menarik kantajuk dye...' Kalau Saya Dapat RM300' ..hmmm..korang pikir korang nak buat ape ek dengan duit sebanyak tu???...uuiisshh..mesti banyak..nak beli macam2..sehari kompem habis punya lah! kalo bagi dekat yang kaki shopim lah,maknanya berbaloi2!!haha :D

Aku pulak???...
Kalo ak dapat RM 300 tu, first sekali aku nak gunakan untuk beli printer Canon..dari sem satu lagi aku nak.. tapi budget xcukup beb!aku save pun..still  xcukup2..dan kalo dapat RM300 ni ak akan beli siap dengan satu pakej yang sekali dengan ink yang ada kat luar jugak..senang ak nak refill ink dia nanti..ak akan cari printer Canon yang boleh print + fotostat assignment dengan segera tanpa ade problem!..ceyy gituuu! hehe..tambah lagi boleh scan gambar.. fullamak!! ^^

pastu ak boleh kurang perbelanjaan kertas utuk print! :)..mahunya sekali tuh 2 assignment kene hantar sekaligus hari tersebut,, 1 assignment fully colour sebab banyak banyak graf+ peta then 1 lagi ink black biasa jer..maO taknya habis dlm RM7 lebih,sekali binding salOtep kat tepi..kalo beli nasi ayam kukus kat kedai makcik klate tepi SS tu bleh dapat 2 bungkus tao..feveret ak tuh! hik3- amboii!!sempat promote lak..kot2 korang nak belanja aku!hehehe :P

Canon mp258


Berbalik pada citer asal keyh..then, pasni xpayah lagi ak kejar2 masa nak pegi print kt SS (Sri Serdang) tempat paling femes kat UPM..atau nama klasik die Flat ikan hehehe :).. sape xkenal memang kene hantuk kepala dia! haha..walaupun tempat tu dekat dengan fakulti ak, sebab nak kerja yang kita nak submit betol2 perfect..bukan maksud kerja ak tu last minit ea kwn2..almost, kalo kelas pukul 9 pagi,terpaksa ak kene kuar bilik 8.10pagi.. kene tunggu bas lagi..nak2 time bas kurang + student ramai...kene kejar nak pegi SS lagikk..haduuiii..naik pusing la kalo masuk kelas lambat tambah lagi time nak hantar assignment..

So,ak harap kalo ade peluang nak jugak menang RM300 nih..nanti xpayah lagi nak susah payah,kejar masa..bila siap assignment terus print then siap2 dengan tenang untuk tido..xpayah lagi nak pikir esok tu kene kejar2 masa pulak..MASA ITU EMAS kan ?? :) Serba sedikit pengalaman citer ak dekat uni life selama 2 sem ak bertapak kat UPM hehe..where my life is proceed :) nak sangat Printer CANON! :)

Tags : 

Thanks..
Good Luck sume! ^^
Wassalam..


Keep Smiling My Dear!! =))

Saturday, June 4, 2011

::Tak Patut Singkir!::

Hai ^^
bikin panas ak je Astro nih!!!..
Ade ke patut singkirkan Erul! xpatut!!
Dah la si Erul tu siap sujud lagi kt pentas af9 
At last, dia yang kene kuar! haiishh..rrrggh!!

-Erul-

Mesti korang cakap cakap..
lantak pi la..suara ntah ke mana..ke laut agaknya..
poyoss lah..bajet KPOP lah!..
tapi bagi aku kan persembahan Erul malam ni TERBAIK buat ak!!
meremang gk ak time die nyanyi..feel die masyukk beb!!
ak like sgt dia bawa lagu Sabhi Saddi- Nadiku
xmacam si Azri tuh..bawak lagu inggeris, tapi xdOP feels langsung!! patut boleh blah!!
bak kata kak Ogy jasad je kt situ tapi fikiran ntah kemana
ibarat roh dengan jasad xbersatu!
lagu yang dapat bukan main lagi best  Here Without You-3 Doors Down
lagu feveret ak jugak tu


Dalam Af kali ni ak tengok Erul paling kerja keras, selain si Hazama tuh..
means that diorang paling usaha  penuh tambah dgn diorang punya dedikasi lagi untuk melayakkan diri ke final..btw, Tahniah buat Hazama berjaya ke peringkat akhir!
nak kata ak ambil pot sangat xdelah,tapi sebab minggu ni hari2 ak tengok diari
sebab Mentor dah habis! MentOr best!!
Jadi ak dapat nilai la serba sedikit, NOT overall okay..
Apepun, ak nasihatkan untuk Erul supaya terus suksess dalam karier seni tanah air..
Xsemestinya, xberjaya ke peringkat akhir kamO dah loser!
mungkin rezeki Erul xde untuk ke peringkat akhir, namun dah 9 minggu dalam akademi dah banyak mengajar Erul bagaimana untuk menjadi seorang penyanyi berkebolehan..
ramai lagi fan clubs Erul yang always bagi support untuk Erul kat luar sana..
Never Say Never!!
Good Luck!!


- ERUL FC-

p/s: Student Af yang paling ak bangga skali Aizat!! walaupun xberjaya sampai ke peringkat akhir dalam Akademi Fantasia, dia ambil peluang yang dia belajar dalam af tuh sebagai satu platform untuk dia suksess dalam karier nyanyian dia sekarang..pandai cipta lirik dan lagu..lagu dia sume best!
semOga terus suksess utk Aizat!! :)


Keep Smiling My Dear!! =))

::Here I Am::

hai.. ^^
i think it just a nice songs and lyrics that i want to share with u..
by Bryan Adams :)

Here I am - this is me
There's no where else on earth I'd rather be
Here I am - it's just me and you
And tonight we make our dreams come true

It's a new world - it's a new start
It's alive with the beating of young hearts
It's a new day - it's a new plan
I've been waiting for you
Here I am

Here we are - we've just begun
And after all this time - our time has come
Ya here we are - still goin' strong
Right here in the place where we belong

Chorus X1

Here I am - this is me
There's no where else on earth I'd rather be
Here I am - it's just me and you
And tonight we make our dreams come true

Chorus X2

Here I am - next to you
And suddenly the world is all brand new
Here I am - where I'm gonna stay
Now there's nothin standin in our way
Here I am - this is me 

Keep Smiling My Dear!! =))

::Jual buah pinggan kerana ipad 2!::

Assalamualaikum sume :)

entry kali ini pasai budak xde hotak!
kejam kan tapi biaq pi la..ade ak kesah??huhu
ni kisah dari China dimana seorang remaja sanggup menjual buah pinggannya kerana mahukan ipad 2!
WTH??sanggup nak gadai nyawa dia sendirikk ish3...
ak pun xmampu nak beli lg ^^

Pelajar tersebut yang dikenali sebagai Zheng, yang berumur 17 tahun sanggup melakukan pembedahan ke atas buah pinggan gara-gara mahu memiliki ipad 2! amazing kan ??? huhukk... :P


-Zheng-

Apabila ditanya,,dia berkata dia tiada wang untuk membeli ipad 2 tersebut....
dan cerita budak ni ada disiarkan dalam buletin utama tv 3 malam tadi..


p/s : untuk sape2 terutamanya remaja kat Malaysia ni yang memang tergila kan ipad 2 (macam aku!haha) kumpul la duit anda sendiri dengan cara yang betol ok..jangan lakukan kerja gila!okeyhh..pesanan ikhlas dari aku hek3:P


Keep Smiling My Dear!! =))

Thursday, June 2, 2011

::Tak Lulus Lagi Nih::

....hai ^^ ....
penat eden memikirkan nye tao..
ade maksud ape dengan tajuk entry kali nih ea?? emmm...kalo nk tao baca sampey habes ea hik3..
mood yg biasa2 saje time ak nk goreng masakan cap hitam ak nih keh3 ^^V

*
*
*
*
*
*
*
wOW!!that amazing day lah bagi ak..kalo kira nak makan benda nih alamaknye jarang lah... kalo korang tengok memang pengsan la kalo tekak korang tak terasa olehnya..ak comfem korang pun akan kecur air liur kalo tengok benda tuh...tp apekah ia?? ia yang menjijik kah?? atau yg menyenagkan kah??
depend la pada u ollss..hehe

domokun sesat!! tulun2!! :)

Sebetolnya..anak dara yang umO nye..lewat 19 tahun. yang menanti hari dewasanya xlama lagi...ekeke,,tak lulus lagi ujian ni..makk aii...ujian apekah ini?? ni xde kene mengena dengan paper exam ye sayang semua :) ...exam pun da lama abis...malas da nk pikir bab tu hihi..tawakal dan berserah pada Allah S.W.T :)..tp ujian ape nih??!!!...........

...jeng... 
...jeng...
 ...jeng...

haa...ini UJIAN MEMASAK!!

ooooowwwwhhhhh laaaaa.... persoalan yang mungkin bermain dekat kepala otak korang,,semestinya seperti ini...maii aii anak dara ni xpandai masak ke?? goreng telur mata pun xreti?? aduuhhh... buat air?? hampehh..

...hahahaha...

paling kejam la kalo korang cakap ak nak goreng telur mata xreti...apatah lagi buat air!!aduss..
kalo xreti buat air,,xdapat la abah ak nk merasa air kopi anak kesayanganya yg kaw2  tue kan..kan.. hehe..nk rasa?? jum datang umah..hihi..lelaki kena mintak izin bapak ak dulu..hahaha...

Kalo korang kata ak xpandai masak...boleh diterima lg tao... NOT (bukan) Xreti !! tapi banyak lagi yang ak kene blaja..kalo bukak buku resepi tuh kan... wahh best nye..nak buat jugak la!! semua ak nak buat..tapi nak cari benda yang dia nak memang jauh la..kene cari di TESCO..GIANT..tempat big store gituh..kalo di tanya dekat mak cik kedai runcit seberang jalan rumah ak tuh.. comfem tak dak punya! hoho :P
nak tao tak ::>> ak suka sangat buat kek coklat!! feveret tuh!! :D

...tett...
 ...tett... 
...tett...

Ekceli...ak nk cerita in dekat kamo semua...amazing day ak harini adalah adik ak!!...die buat masakan ayam percik masak kuning dowh..wahhh!! xpercaya ak!! haha..ea la..ak kakak nye nih pun xpenah buat lagi..lain la kalo ak tolong umi ak buat benda tuh.. masak sendiri dengan tolong xsamakan?? hehe...bagi ak sama je muahaha... :D pastu bila ak rasa..... perggghhhhh!!! cuba korang teka ape??

...TOTT...
...TOTT...
...TOTT...

1...2...3...masa tamat!! :P... pergghh!!..bessshh tau!! yum..yum... ak pun puji la sikit...wahh..ea ke ko buat ni??pastu die balas..alah ko igt ak dop reti..ak saja je malas nak tunjuk...bgtao je nk suruh ak wt ape??
wahh....bangga di situ dia..lantak pi la..janji,,pastu ak dapat makan ahaha..rasa percik tuh semacam rasa umi ak buat pulak.. 

ak reti ape pulak  ye??... haaaa.....
ak reti makan je!!! :P
xdelah...ak pandai buat yang simple2 je..ayam, ikan, daging masak merah..pastu masak kicap..pastu menggoreng benda2 alah tu..masak sup ayam, sup sayur..masak sardin segera..goreng telur mata,telur dadar..tu je mostly yang ak buat hehe..makk aii,, xleh buat calon menantu ni hahakk..bab nak gulai- menggulai nih ak xpro lagi la.. kalo umi ak ade kat dapur then arahkan ak masukkan benda tu benda ni ak reti la wakaka :P

ayam percik masak kuning
by: gucci ak :)

Ak lupa nak snap pulak tadi..so,rupa percik masakan adik ak hari ni tu  macam ayam percik masak kuning pakcik google a.k.a pakcik gucci kesayangan ak la!! tengok,,mesti korang teringin nak makan kn..esok mesti pergi beli tao! xpun suruh mak korang masak! kompem licin pinggan!hehe..

wassalam...


Keep Smiling My Dear!! =))

Wednesday, June 1, 2011

::Wanna Grow UP!!::

hai..salam sume..
da pagi ni..mesti korang tengah kusyuk tido kn?
ak jgk la yang still jadi burung hantu ni hehe..

korang nk tau tak..bulan ni adalah bulan kelahiran ak JUN!!
sekarang ni umo ak 19 tahun 11bulan dan 1 hari..
i'm counting to be 20 years old!! hehe
23 days left..
xsabar rasanya tunggu saat tu..
tarikh terpenting bagi ku..

24 JUN 2011..
I'M GONNA BE 20 YEARS OLD!! yeaahhh!! :)


no 2??ade makna ke?? urmm..(thinking)

bukan ape..ak macam excited sgt nk menigkat ke angka 2 hahahaha..
bila da masuk angka 2 tu..korang paham2 lah kan..
banyak yang perlu kita aturkan dalam hidup ni..
first kene berjaya dlm pelajaran tau..misi ak nak dpt degree,kene first class tau! insyaallah ak akan usahakan,,cari kerja yang best2,,
pastu kumpul duit banyak2,,anta makayah pegi Mekah,,beli kereta,,nak buat rumah lagi,,then kawin lagi haha!
pasal kawin tu..xmao la pikir lagi,,umo pn xcapai 20 tahun lagi ahakss..calon pon xde lagi haha!..so,, yg tu tak penting lagi..buat masa  ni..
yg penting kene berjaya dpt first class degree dlm bidang yg ak blajar sekarang tau!!:)
nak dapat tu..bukan macam makan kekacang cap tangan ye!..
lagipun ak ni  bukan nye otak genius macam Adi Putra kan..so,ak kene banyak2 usaha lagikk..

Ciri-ciri mereka yang lahir pada bulan Jun...

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.( Sedang memperbaiki haha! totally ak ni biasa saja lah!ganas juga lah hui2
:)
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. (sometime!)
* Idea yang terlalu banyak di kepala.(haha!sampai xterkeluar hehe )
* Bersikap sensitif. (agak ar..kadang2 je)
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). (absolutely! pikir masa depan :)
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera. ( memang..ngeh3..)
* Bersikap suka menangguh-nangguh. (sama la macam kat atas tu hihi..keje last minit budak lahir bulan jun nih NOT me! ha
ha:P )
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. ( semua orang nak yang terbaik kn??ngee~~ )
* Cepat marah & cepat sejuk. ( absolutely!!muahaha :) )
* Suka bercakap & berdebat. ( tepat sgt!haha)
* Suka buat lawak & bergurau. ( lawak ak bukan lawak tacing2 ye!saje je,,gurau2 je tuh ekekeke:P ..xlayak pun masuk raja lawak haha! )
* Otaknya cerdas berangan-angan. (pikir masa depan lagikk hehe :) )
* Mudah berkawan & pandai berkawan. ( yang ni ak rasa ade dlm diri ak..love making friends! :) sudi2 la kawan ngan ak ni ngee~~ )
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan. ( ni kalau tgk muvie or citer yang xbest hehe..)
* Sikap terlalu memilih & cerewet. ( membe2 ak la selalu cakap kt ak macam tu..tp ak rasa ak bukan jenis macam tu kot..cube bg contoh sikit?? haha )
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. ( no komen!huhu:P )
* Suka pada barang yang berjenama. (sgt xtepat!haha..ak bukan nye kaki shopping ye!tmbah lagi nk barang jenama..tggu keje dulu la:P )
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal. ( keras kepala yg tepat! huu..:P )
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

( yang korang pikir la sendiri..bak kata Nabil..Lu pikirlah sendiri! hehe )




p/s: yang ak bold kan warna pink tu..tu la ak rasa diri ak..mostly la! yang ak tak highlight tu..ak xsure betol ke tak..sifat tu mungkin ade tp ak xtahu la..biasa la,,kite xmampu untuk kenal 100% diri kite yang sebenarnye..
yang biru tu,,idea bernas ak!ahakss :P


so.. sape2 yang  rasa die kawan2 ak tuh buleh la bagi komen hehe..xkisah la kite kenal kt mana2 pon..as long as  korang anggap ak kwn korang...boleh bg pendapat..kwn2 yg ak kenal kt fb, atau followers ak ke..( xkenal secara real,, tapi yang selalu connect ngan ak boleh bagi pendapat hihi) bukan ape,,kalo korang tak berhubung ngan ak,,macamana nk tahu perangai ak kn ekeke :).. so,lepas ni,,selalu la tegur2 ak keyy :)


wassalam..



Keep Smiling My Dear!! =))